Siapakah yang bakal menggantikan Luminaire? Vaanstrong dan Rekt menjadi sebutan

EVOS Legends baru sahaja mengumumkan roster mereka semalam, Luminaire tidak kelihatan di dalam perkongsian video itu. Beliau baru-baru ini tidak bermain untuk MSC 2021 selepas berjaya menjadi juara untuk MPL ID musim ketujuh.

Luminaire sempat memberikan kenyataan bahawa beliau sudah tidak kuat lagi untuk bersaing di dalam arena e-sukan Mobile Legends. Ia memerlukan komitmen yang tinggi serta masa yang terlalu banyak.

Ada juga khabar angin mengatakan beliau hanya berehat sebentar dan akan bermain pada musim seterusnya tetapi ia terus disangkal oleh tuan badan sendiri. Persoalannya, siapakah yang akan menggantikan tempat beliau di saat musim kelapan nanti.

Rekt dan Vaanstrong adalah calon yang dikatakan paling layak untuk menggantikan tempat beliau sebagai support. Rekt memiliki kemahiran dan rotasi yang hebat manakala Vaanstrong juga tidak kurang hebatnya. 

Vaanstrong masuk ke dalam pasukan selepas meninggalkan AuraFire sebelum ini. Mungkin dengan penambahan Vaanstrong sebagai support mampu memperkuatkan EVOS Legends untuk memenangi musim kelapan dan mempertahankan title mereka. 

RELATED NEWS

+