Berita gembira buat peminat MLBB Malaysia hari ini selepas Selangor Red Giants (SRG) berjaya memenangi kes lawan See You Soon (SYS) dari Kemboja di Mid Season Cup (MSC 2024) di Riyadh, Saudi.
SYS dikenakan denda sebanyak AS$2,000 dan pembatalan perlawanan antara kedua pasukan di mana mata kemenangan diberikan kepada SRG. Sementara itu, staf kejurulatihan SYS iaitu Jurulatih dan Penganalisis digantung empat perlawanan dan tidak dibenarkan hadir ke tempat perlawanan untuk baki perlawanan ada.
Mengikut rentetan kes itu, SYS memberitahu pengadil bahawa pemilihan dua hero terakhir adalah tidak disengajakan iaitu Yu Zhong dan Lapu-Lapu dengan memberikan alasan terdapat pepijat (bug). Jurulatih mereka juga mengatakan bug ini menghalang mereka dari memilih Edith dan seterusnya mengakibatkan Lapu-Lapu dipilih.
Redraft dilakukan selepas SYS sengaja surrender tanpa memberitahu pengadil dan memilih Edith di draft seterusnya sementara SRG mengekalkan hero-hero yang sama.
Namun, hasil siasatan dilakukan pembuktian audio, video, log bahagian data dan temu bual siasatan mendapati perkara ini tidak berlaku sama sekali dan SYS memberi kenyataan palsu terhadap isu terjadi.
Hasil siasatan penuh boleh dibaca di sini:
View this post on Instagram
Foto: Esports World Cup / MOONTON Games