Sibuk lawan bos Elden Ring tapi tiba-tiba diserang dengan tebuan

Charles “MoistCr1TiKaL” White Jr adalah antara Youtuber dan penstrim di Twitch paling popular sekarang.

Cr1TiKaL juga terkenal dengan ulasan permainan video di Youtube dan sangat dikenali dengan suara yang sedikit membosankan tetapi sangat kelakar dengan muka serius.

Namun, lain pula yang berlaku ketika dirinya sedang bermain Elden Ring.

FromSoftware memang terkenal dengan permainan video mereka yang sangat susah.

Cr1TiKaL semasa ini sedang berlawan dengan salah satu bos paling susah di dalam Elden Ring iaitu Commander Niall

Tanpa disedari bukan hanya bos Commander Niall, tetapi satu bos baru iaitu tebuan yang berjaya masuk ke biliknya.

Cr1TiKaL menjerit ketakukan tetapi apa yang menakjubkan bos yang dilawannya sudah hampir mati.

Dia bertindak untuk membunuh bos itu secepat mungkin dan terus melarikan diri keluar dari bilik penstrimannya.

“Saya sangat benci tebuan, serangga itu membuat saya rasa tidak selamat di dalam rumah,” tambah Cr1TiKaL.

RELATED NEWS

+