Sifu bakal dilancarkan pada Februari tahun depan di konsol dan PC

Sifu, permainan kung-fu daripada Sloclap, bakal tiba di konsol dan PC pada 22 Februari 2022. Sebuah trailer juga diperlihatkan semasa Opening Night Live Gamescom 2021.

Pra-tempah bagi Sifu kini sudah tersedia di PlayStation Store dan Epic Games Store.

Juga diumumkan semasa Gamescom, Sifu bakal menerima edisi Deluxe istimewa yang mengandungi permainan asas, akses awal 48 jam, sebuah artbook digital dan runut bunyi asal daripada komposer Howie Lee.

Sifu adalah permainan seni mempertahankan diri daripada pembangun Absolver, yang menampilkan mekanik permainan yang unik di mana setiap kali mereka ‘mati’ mereka akan hidup kembali sebagai versi yang sedikit tua. 

Pembangun menyatakan, mekanik umur ini adalah sebagai metafora bagi kebijaksanaan yang diperoleh dengan umur. Selain itu, Sifu masih sebuah permainan seni mempertahankan diri yang penuh aksi kombat.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+