Silap Beli Final Fantasy VII Remake Versi Bahasa Cina? PlayStation Asia Akan Bayar Balik

Beberapa hari lepas, Final Fantasy VII Remake (FF7R) akhirnya dilancarkan di PlayStation 4 (PS4). Malangnya, ramai pembeli di kawasan Asia Tenggara telah menjadi mangsa kepada kesilapan sistem PlayStation Store di mana mereka telah pra-tempah versi Bahasa Cina atau Bahasa Korea.

Pihak PlayStation Asia kini sedang mencuba untuk membetulkan kesilapan tersebut dengan membayar balik semua pembeli yang terkesan dengan kesilapan ini. Kepada mereka yang menghadapi masalah ini, anda digalakkan untuk melaporkan isu tersebut ke pihak PlayStation Asia.

Jika anda pra-tempah FF7R sebelum 8 April 2020 pada waktu 3PM JST (2PM waktu Malaysia), anda akan menerima pesanan daripada PlayStation Asia jika anda telah melaporkan isu tersebut. Jika anda membuat kesilapan pembelian selepas tempoh tersebut, anda perlu menghubungi talian khidmat pelanggan PlayStation Asia.

Pembayaran balik akan dibuat terus ke dompet PlayStation pengguna dan judul FF7R versi Bahasa Cina dan Korea yang telah dibeli tidak akan ditarik dari perpustakaan permainan video anda.

Sumber: Siliconera

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+