Silo kini kembali, menjadi jurulatih untuk pasukan EBLZ

Akmal Afi “Silo” Uzair adalah bekas pemain Orange Esports dan juga pasukan Reborn. Pasukan itu diambil bekerjasama dengan RED Esports pada Mei 2020. 

Kini, Silo kembali menjadi jurulatih bagi pasukan EBLZ yang baru sahaja mendapat slot ke MPL selepas mereka berjaya memenangi pusingan kelayakan tempoh hari. 

Pasukan itu bagaimanapun berada di kedudukan tercorot dan tidak berjaya menang satu set perlawanan setakat minggu ketiga.

Terdahulu, beliau pernah digantung oleh Red Esports daripada bermain untuk apa jua kejohanan berkaitan Mobile Legends.

Perkara ini disebabkan beliau didakwa tidak bersikap profesional terhadap pasukan Red Esports, mendaftarkan nama syarikat “dummy” untuk MPL Malaysia musim ketujuh sedangkan mereka sudah ditaja oleh Red Esports dan harus menggunakan nama organisasi itu di dalam kejohanan liga MPL.

Tidak beberapa lama kemudian, Moonton sudah berhubung dengan pasukan Red Esports dan Reborn sendiri dan penyelesaian ditemukan dengan Reborn mendapat slot.

Bak kata pepatah “perkara yang lepas, usah dikenang” setiap manusia melakukan kesilapan, penulis mengharapkan Silo mampu untuk mengubah kesilapannya dan melatih pasukan EBLZ dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan mereka peluang mengangkat piala MPL.

RELATED NEWS

+