Singapura akan menyertai acara VALORANT di Sukan SEA 2023

Artikel ini ditulis oleh Haikal Johari.

Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) menarik semula keputusan mereka untuk tidak menyertai acara Sukan SEA 2023.

Pada awalnya penarikan itu dibuat selepas SNOC mendapati tidak banyak pasukan kompetitif yang mempunyai semua pemain Singapura dan waktu yang terhad untuk menjalankan kelayakan terbuka.

Kini, SNOC memberi masa kepada Persatuan Esukan Singapura (SGEA) untuk mencari pasukan yang akan mewakili Singapura bagi kategori VALORANT.

Manakala di Indonesia, Pengurus Besar Esports Indonesia (PBESI) memberi amaran keras kepada semua pemain VALORANT Indonesia yang tidak mahu mewakili negara itu dalam acara dwitahunan terbabit.

PBESI mendakwa bahawa kebanyakan pasukan tidak menyertai apa-apa kejohanan dunia dan mereka berada di Jakarta namun tidak mahu mewakili negara atas sebab ia tidak menguntungkan. 

Ini adalah penampilan pertama untuk VALORANT di Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Sumber: Reddit

RELATED NEWS

+