Resident Evil akan memulakan penggambaran pada bulan Jun ini. Nampaknya maklumat rasmi tentang siri tersebut telah tertiris."> Resident Evil akan memulakan penggambaran pada bulan Jun ini. Nampaknya maklumat rasmi tentang siri tersebut telah tertiris." /> Resident Evil akan memulakan penggambaran pada bulan Jun ini. Nampaknya maklumat rasmi tentang siri tersebut telah tertiris." />

Sinopsis Siri Netflix Resident Evil Tertiris

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa siri Netflix baru berdasarkan Resident Evil akan memulakan penggambaran pada bulan Jun ini. Nampaknya maklumat rasmi tentang siri tersebut telah tertiris.

Baru-baru ini, Netflix memuat naik sinopsis untuk siri tersebut di pusat media rasmi mereka. Berikut ialah sinopsis tersebut:

“The town of Clearfield, MD has long stood in the shadow of three seemingly unrelated behemoths – the Umbrella Corporation, the decommissioned Greenwood Asylum, and Washington D.C. Today, twenty-six years after the discovery of the T-virus, secrets held by the three will start to be revealed at the first signs of outbreak.”

Malangnya, laman web tersebut telah dipadam. Nampaknya pihak Netflix mungkin telah membuat kesilapan dalam mendedahkan maklumat ini terlalu awal.

Namun, ia masih boleh dibaca melalui arkib Wayback Machine.

Berdasarkan sinopsis yang didedahkan, siri Netflix ini kemungkinan besar tidak berkaitan dengan siri filem Resident Evil yang dibintangi Milla Jovovich.

Nama tempat seperti Clearfield dan juga Greenwood Asylum tidak pernah muncul dalam siri permainan mahupun siri filem Resident Evil.

Walaupun butiran-butiran ini semua memberikan gambaran yang mengujakan tentang siri Netflix ini, tarikh pelancarannya semestinya jauh lagi kerana penggambaran hanya akan bermula pada pertengahan tahun ini.

Sumber: Gematsu

Foto: Constatin Film

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+