Sir Cloud bantu Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan (SCPA)

Beberapa hari lepas Sir Cloud yang juga pengulas e-sukan yang dikenali ramai di Malaysia membantu Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan (SCPA).

Disebabkan banjir lepas di Selangor, banyak haiwan kehilangan tempat tinggal dan misi menjejak dan menyelamat sudah dijalankan.

Sir Cloud bersama sukarelawan lain seperti pakar veterinar juga memberi bantuan perubatan kepada haiwan-haiwan yang di dalam keadaan kritikal di Sri Muda.

Tidak lupa juga memberi makan kepada haiwan yang dalam keadaan baik tetapi terperangkap dek banjir.

Sir Cloud dan pasukan juga sudah berjaya memberi lebih 4,000 KG makanan bersamaan dengan 50,000 kali makan dalam masa enam hari.

S I Home Shelter (@duniastray) yang menghunikan lebih dari 400 ekor kucing dan belasan ekor anjing jalanan juga mendapat sumbangan water jet.

“Saya juga sempat berkenalan dengan sahabat pencinta haiwan baru dan kami mengumpul dana makanan haiwan yang juga disumbangkan kepada Jabatan Veterinar yang bertugas di situ,” katanya ketika dihubungi.

Pihaknya juga menyumbangkan water jet kepada Kuil Sri Maha Mariamman bagi membantu komuniti tempatan. Syabas Sir Cloud dan pasukan.

RELATED NEWS

+