Siri Anime Gachiakuta diumumkan oleh Studio Bones

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Studio anime Bones baru-baru ini mengumumkan adaptasi siri anime Gachiakuta yang akan hadir tahun hadapan.

Gachiakuta adalah manga hasil ciptaan Kei Urana.

Anime ini akan diarah oleh Fumihiko Suganuma (The First Slam Dunk). Penulisan skrip ditulis oleh Hiroshi Seko (Chainsaw Man, Vinland Saga, Mob Psycho 100). Manakala Satoshi Ishino (Date A Live) akan mereka bentuk karakter termasuk menjadi ketua pengarah animasi.

Kei Urana juga sudah membuat ilustrasi menyambut pengumuman ini!

keiurana_oiwai

Gachiakuta menceritakan Rudo yang hidup di satu bandar terapung di mana orang miskin hanya hidup miskin dan orang kaya akan hidup dengan penuh kekayaan.

This Manga Is Going To Be HUGE! (Gachiakuta) - YouTube

Cerita bermula apabila Rudo dituduh melakukan pembunuhan dan sekaligus dibuang dari bandar terbang itu.

Gachiakuta 👁‍🗨 (@gachiakutaa) / X

Pada mulanya dia hanya menganggap semua di bawah bandar itu hanyalah dunia sampah tetapi itu adalah sebenarnya permukaan Bumi.

Dia kini dalam perjalanan dengan rakan-rakan baharu yang dijumpainya untuk mencari jalan ke Bandar Terbang yang digelar Heaven itu.

Dalam dunia Gachiakuta, terdapat beberapa orang yang mempunyai kuasa digelar Giver yang boleh mengaktifkan kelebihan sesuatu barang yang boleh digunakan untuk berlawan.

Anime ini dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan!

RELATED NEWS

+