Siri Dunia Free Fire Asia Tenggara (FFWS SEA) 2024 musim luruh kini memasuki pusingan akhir dengan 12 pasukan terbaik bakal bertarung.
Selepas enam minggu dalam pusingan Knockout yang menyaksikan pasukan Thailand dan Indonesia mendominasi ranking, kejohanan serantau ini akan diakhiri dengan Point Rush dan Grand Final di Pusat Konvensyen Surabaya, Indonesia pada 11 Oktober hingga 13 Oktober.
Ini adalah kali pertama Indonesia menghoskan kejohanan antabangsa FF sejak Free Fire Asia Invitational pada 2019.
- 5 pasukan dari Thailand: Buriram United Esports, All Gamers Global, Twisted Minds, Attack All Around, Team Falcons
-
3 pasukan dari Indonesia: RRQ Kazu, EVOS Divine, Bigetron Delta
-
4 pasukan dari Vietnam: Heavy, Hua Esports, WAG, God of Wolf Esports
Pemain yang memperoleh gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) akan membawa pulang piala Final MVP dan wang tunai AS$4,000.
Papan pendahulu ini didominasi oleh AG.Dew yang setakat ini merekodkan 7 MVP dan 207 mata singkir.
Anda boleh menyaksikan final hujung minggu ini di Youtube dan sorotan untuk pusingan knockout pula boleh disaksikan semula di laman sosial rasmi Free Fire.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!