Siri Snapdragon Pro sudah tiba, menawarkan ‘prizepool’ RM8 juta!

Siri Snapdragon Pro dibawakan oleh ESL Gaming dan Qualcomm Technologies, Inc., memberi peluang kepada semua untuk bertanding dalam e-sukan.

Menerusi tiga peringkat pertandingan, pemain mudah alih dan atlet e-sukan dari seluruh dunia dijemput untuk bertanding dalam Snapdragon Mobile Open, Snapdragon Mobile Challenge dan Snapdragon Mobile Masters.

“Siri Snapdragon Pro membolehkan pemain dari seluruh dunia berpeluang untuk merebut hadiah wang lebih daripada RM8 juta ringgit,” kata Pengurus Besar Permainan Mudah Alih ESL Gaming, Kevin Rosenblatt.

“Kami sedang membina ekosistem permainan mudah alih dengan Snapdragon Elite Gaming yang merangkumi pelbagai pilihan permainan mudah alih yang popular di rantau utama seperti Amerika Utara (NA), Eropah (EUR), Timur Tengah & Afrika Utara (MENA), China, Asia-Pasifik (AP), dan India,” katanya lagi.

Setiap wilayah akan mempunyai pilihan e-sukan sendiri dan kejohanan akan bermula seawal 12 April ini. 

Pendaftaran kini dibuka, semua gamers Malaysia dijemput untuk mendaftar di sini.

Berikut adalah senarai permainan mudah alih yang ditawarkan bagi rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia:

  • Brawl Stars – Permainan mudah alih Brawl Stars akan dipertandingkan di wilayah NA, EUR/MENA dan AP. Permainan ini akan dimainkan oleh pemain terbaik pada acara akhir Snapdragon Mobile Masters yang akan disiarkan secara langsung.

  • Free Fire – Pemain permainan battle royale mudah alih dari rantau AP berpeluang mempamerkan kemahiran mereka dalam Snapdragon Mobile Challenge.

  • League of Legends: Wild Rift – MOBA 5v5 yang terkenal ini akan membuat penampilannya di rantau AP kerana pemain terbaik rantau ini akan bersaing di atas pentas pada acara akhir Snapdragon Mobile Challenge.

  • Legends of Runeterra – Permainan kad yang boleh dikumpul ini akan menunjukkan bagaimana pemain menyerlahkan kreativiti di Snapdragon Mobile Open.

Acara akhir Snapdragon Mobile Challenge di wilayah NA, EUR/MENA dan AP serta Snapdragon Mobile Masters dijangka akan disiarkan secara langsung dan bersemuka untuk pemain dan peminat. 

Pemain akan bersaing pada peranti yang dikuasakan oleh platform mudah alih Snapdragon® dan menampilkan ciri-ciri Snapdragon Elite Gaming yang akan memastikan pengoptimuman permainan yang unggul, grafik dinamik dan prestasi peringkat tertinggi.

“Kami tidak sabar melihat pemain terbaik dunia bertarung.

“Kami benar-benar sudah mencipta ekosistem inklusif di mana semua orang boleh bersaing.

“Sama ada anda seorang pemain kasual atau profesional, kami tidak sabar untuk mengalu-alukan anda ke dalam Siri Snapdragon Pro,” sambung Kevin.

Butiran penuh kelayakan dan pendaftaran boleh didapati di laman web rasmi Snapdragon Pro Series.

RELATED NEWS

+