Siri terkenal All of Us Are Dead bakal dijadikan permainan video di peranti mudah alih

Siri Netflix All of Us Are Dead adalah salah satu siri yang paling terkenal di seluruh dunia. Siri ini kini berada pada kedudukan ke-3 untuk kandungan paling ditonton di Netflix hanya di belakang Money Heist dan Squid Game dalam minggu kedua selepas pelancaran.

Kini, sebuah permainan mudah alih akan dibangunkan berdasarkan siri Netflix itu.

Studio pembangun permainan Korea Selatan, Ikina Games, mengumumkan di Twitter bahawa mereka akan membangunkan permainan berdasarkan All of Us Are Dead untuk peranti mudah alih.

Menurut kicauan itu, permainan ini akan memfokuskan aspek penceritaan yang penuh beremosi serta plot yang boleh berubah mengikut pilihan pemain. Bergantung pada pilihan, plot permainan ini boleh berbeza dari sumber rujukannya asal, seperti dapat menghidupkan semula watak telah mati dalam siri.

Ikina Games belum mengumumkan tarikh pelancaran atau anggaran untuk All of Us Are Dead versi mudah alih ini.

Sumber rujukan: This Is Game

RELATED NEWS

+