Skate 4 akan tiba di PC

Francais Skate 4 dengan rasminya bakal tiba di PC. Ia adalah permainan terbaru daripada Electronic Arts yang akan dilancarkan di PC selain konsol.

Electronic Arts dan pembangun Full Circle kongsikan video di Twitter bersama pengumuman, yang menunjukkan footage seorang pemain skateboard melakukan kickflip di atas sebuah monitor komputer, yang kemudiannya mempamerkan logo Skate.

Francais Skate ini sehingga kini masih lagi eksklusif untuk platform konsol, di mana tiga permainan pertama dilancarkan di PlayStation 3 dan Xbox 360. Siri ini juga menjadi dorman selepas pelancaran Skate 3 pada 2010.

Pembangun ada berkongsi beberapa teaser sebalik tabir pada bulan lalu bagi mengingatkan peminat bahawa siri keempat Skate masih di dalam pembangunan. Namun, buat masa ini, perincian mengenai permainan Skate masih lagi samar-samar, termasuk tajuk rasmi masih belum didedahkan.

Teaser daripada EA bulan lalu hanya menunjukkan rekaan dunia terbuka mirip peta turun bukit daripada Skate 2.

Artikel ini diteremah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+