Skin line VALORANT GO! Vol. 2 kini rasmi

Skin line baharu VALORANT GO! Vol. 2 kini sudah tersedia di stor dalam permainan VALORANT bermula hari ini. 

Pelancaran kosmetik ini diumumkan melalui laman Twitter PlayVALORANT. Skin line ini adalah kesinambungan koleksi VALORANT GO! Vol. 1 dan kali ini menampilkan Raze, Yoru, Phoenix, Viper dan Sova sebagai watak-watak utama. 

Bagi skin line kali ini, kosmetik ala-anime ini meliputi pistol Classic, Ares, Vandal, Operator dan senjata melee iaitu Butterfly Comb. Setiap senjata ini akan diberi hiasan tersendiri dengan rekaan dan warna bertemakan setiap ejen. 

Antaranya Butterfly Comb dihias dengan  warna bertemakan Yoru iaitu biru, oren dan putih. Malah, sikat itu juga mewakili Yoru yang gemar menggayakan rambutnya.

Skin line VALORANT GO! Vol. 2 ini boleh dibeli secara bundle dengan harga 8,855 VP di stor dalam permainan VALORANT.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+