Skin Mobile Legends Ogos: Collector Balmon, Lancelot “BREN Esports” dan banyak lagi

Mobile Legends: Bang Bang mengacah beberapa skin yang akan hadir pada bulan ini.

Seperti yang kita tahu, Siren Priestess adalah skin Starlight bagi bulan Ogos dan sudah boleh didapatkan. Bagaimana pula dengan yang lain?

Moonton ada mengeluarkan satu pre-sale untuk skin Lancelot yang ditujukan khas buat BREN Esports. Skin ini dihasilkan berikutan kemenangan pasukan Filipina itu di kejohanan dunia, M2 sebelum ini.

Langkah ini adalah sama seperti skin Harith untuk EVOS Legends yang memenangi M1.

Bagi mendapatkan skin BREN Esports yang berharga 899 Diamonds, pemain harus menyiapkan beberapa tugasan untuk mendapatkannya dengan diskaun iaitu pada 499 Diamonds sahaja. Tugasan itu boleh dilihat di tab Event.

Satu lagi skin adalah edisi Collector, kali ini untuk Balmond. Selain itu, skin seperti Alice Wizardy Teacher dan Fanny Skylar turut boleh ditebus. Kira-kira 3,000 hingga 6,000 diamonds diperlukan untuk mendapatkan skin ini.

Wanwan E-Girl pula adalah skin yang sesuai untuk mereka, penggemar hero ini. Ia mempunyai tag Special dan berharga 749 Diamonds. Skin ini menggunakan tekstur piksel berwarna, hampir sama seperti Pixel Blast tapi kurang warna kartun.

RELATED NEWS

+