Snapdragon Mobile Challenge Finals – Mobile Legends: Bang Bang kembali ke Malaysia tahun hadapan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Snapdragon Mobile Challenge Finals – Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan kembali ke tanah Malaysia tahun 2025 dan akan dibuat di Johor Bahru pada 14-16 Februari nanti.

Pertandingan ini akan membawa 12 pasukan terbaik serata Asia Pasifik dan akan merebut hadiah wang terkumpul sebanyak AS$150 ribu (RM663 ribu).

Antara pasukan yang bakal bertanding adalah juara M5 Falcons AP.Bren dan Selangor Red Giants.

Challenge Finals ini adalah bagi Musim Ke-6 Snapdragon Pro Series iaitu ekosistem permainan mudah alih terbesar yang dibuat oleh ESL FACEIT Group dan Qualcomm Technologies. Inc bersama rakan kongsi MOONTON Games.

Pertandingan ini akan dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Format Pertandingan

Pasukan yang telah dijemput:

  • Selangor Red Giants
  • See You Soon
  • Fnatic ONIC
  • Falcom Esports
  • Falcons AP.Bren
  • NIP Flash

Juara Snapdragon Mobile Challenge Finals – Mobile Legends: Bang Bang bakal membawa pulang RM287 ribu.

Tiket akan mula dijual pada 10 Disember ini bermula dengan RM5 sehingga RM50.

Tiket boleh dibeli di laman rasmi Snapdragon Mobile Challenge Finals.

RELATED NEWS

+