SNK kini hampir dimiliki sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi

SNK Corporation yang juga pengeluar permainan video King of Fighters, Metal Slug dan Fatal Fury kini hampir dimiliki sepenuhnya oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman dari Arab Saudi.

Syarikat MiSK Foundation milik Putera Mahkota mempunyai 96.18% dari jumlah saham SNK.

Hal ini berlaku berikutan pelaburan permainan video dari Arab Saudi untuk beberapa syarikat permainan video.

“The Mohammad Bin Salman Foundation (MiSK Foundation) melabur ke syarikat Jepun SNK untuk memastikan komitmen yang berterusan bagi meningkatkan impak positif terhadap pemerkasaan belia,” menurut kenyataan akhbar dari MiSK Foundation.

Sebelum ini juga Arab Saudi pernah menggunakan dana kerajaan untuk melabur ke Capcom dan Nexon.

RELATED NEWS

+