Sokongan PSVR akan tiba di Minecraft PS4 dalam bulan September

Mojang telah mengumumkan bahawa kemaskini seterusnya untuk Minecraft di PlayStation 4 (PS4) akan memperkenalkan sokongan PlayStation VR (PSVR). Tarikh tepat pelancaran kemaskini tersebut masih belum diumumkan tetapi ia dijanjikan akan tiba dalam bulan September ini.

Mod permainan realiti maya dalam Minecraft bukan sesuatu yang baharu. Ia sudah diperkenalkan di versi PC sejak beberapa tahun yang lalu. Kini pemain di PS4 boleh menikmati dunia Minecraft dalam cara yang lebih realisitk.

Roger Carpenter, Penerbit Eksekutif Minecraft di Mojang, menyatakan bahawa terdapat dua tetapan untuk main Minecraft PSVR iaitu Immersive dan Living Room. Butiran-butiran mengenai dua mod permainan tersebut belum diperincikan.

Pemilik Minecraft di PS4 akan menerima kemaskini ini secara percuma apabila ia dilancarkan dan anda perlu mempunyai peralatan PSVR untuk membolehkan mod permainan VR di PS4.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+