PUBG Mobile Malaysia mengumumkan tiga hos bagi kejohanan Liga PUBGM Asia Tenggara (PMPL SEA) yang akan berlangsung esok bermula jam 4 petang.
Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran ringkas di Instagram hari ini.
View this post on Instagram
Lesley Cheam sebelum ini pernah menghoskan beberapa kejohanan e-sukan serta sidang media. Dia memang dikenali dalam industri e-sukan terutamanya bagi permainan Free Fire.
Sementara itu, Soloz dan DaddyHood pernah menjadi hos sambilan sebelum ini. Jadi kemunculan kembali mereka pastinya akan menyemarakkan lagi PMPL SEA kali ini.
View this post on Instagram
PMPL SEA akan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini mengumpulkan 16 pasukan PUBG Mobile.