Soloz dan DaddyHood akan mengulas pada hari pertama grand final PMPL MYSG S3

Kuala Lumpur: Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MYSG) musim ketiga akan melangsungkan pusingan grand final pada 23 hingga 25 April ini.

Satu kejutan kepada peminat apabila DaddyHood dan Soloz akan membuat kemunculan pada hari pertama iaitu di perlawanan keempat dan kelima.

Sementara itu, gabungan trio pengulas Bahasa Melayu iaitu J Hunter, OnTheGo dan Emi. Bagi pengulas Bahasa Inggeris pula, Qontra dan ChuChu Gaming akan memeriahkan suasana.

Gabungan pengulas ini nyata akan membuatkan aksi penentuan grand final ini menjadi lebih berdebar dan dinanti-nantikan peminat.

Saksikan siaran langsung di Facebook PUBG Mobile (MY) dan PUBG Mobile Esports Malaysia serta di Youtube PUBG Mobile Malaysia.

Sebanyak 16 pasukan terbaik PUBG Mobile akan bertanding di peringkat grand final ini bagi merebut dua slot ke Final Asia Tenggara (SEA Finals)

Jika Dingoz MPX di tempat pertama atau kedua, slot itu akan diberikan kepada pasukan yang menyusul di tempat ketiga kerana mereka sudah pun layak sebagai juara keseluruhan liga.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+