Soloz, Master Ramen, dan ramai lagi akan bertanding di Mobile Legends Bang Bang All Star Showmatch pertama

Moonton telah mengumumkan Mobile Legends All Star Showmatch yang pertama di Malaysia. Dua selebriti terkenal iaitu Naim Daniel dan Shalma Eliana akan menjadi kapten kepada pasukan masing-masing dan bertarung pada 21 November ini pada waktu 7PM.

Siaran langsung perlawanan ini boleh ditonton di YouTube dan Facebook. Para penonton berpeluang memenangi hadiah lumayan. Terdapat 5 juta kod hadiah yang akan diberi kepada penonton siaran langsung. Penonton juga berpeluang memenangi skin Legend seperti Alucard Obsidian Blade, Gord ther Conqueror, dan Gusion Cosmic Gleam.

Berikut adalah senarai pemain dan streamer yang akan bertanding dalam perlawanan ini:

Team Daniel:

  • Penjahat
  • Feekz
  • Le Josette
  • Master Ramen

Team Shalma:

  • Soloz
  • Xorn
  • Fiera Fendi
  • Fattahzie

Nampaknya kedua-dua pasukan dipenuhi dengan pemain-pemain yang sangat hebat dan terkenal. Anda rasa pasukan mana yang akan menang All Star Showmatch?

Selain daripada melibatkan diri dalam Showmatch ini, Naim Daniel dan Shalma Eliana juga menonjolkan bakat mereka dalam lagu tema baharu MLBB yang bertajuk “Bring it on!”.

Siaran langsung All Star Showmatch juga akan mempertunjukkan persembahan cosplay menarik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+