Sony adakan jualan 11/11 untuk PS4, PS4 Pro, dan DualShock 4

Nampaknya Sony akan menggunakan tarikh 11.11 untuk memberi satu lagi peluang kepada anda yang masih belum menjadi pemilik PlayStation 4 (PS4). Syarikat tersebut akan mengadakan PlayStation 11.11 Special Sale untuk menawarkan konsol pakej PS4 dan alat kawalan DualShock 4 pada harga yang berpatutan.

Jualan ini boleh dianggap sebagai peluang terakhir untuk menjadi pemilik PS4 sebelum permulaan generasi baharu. Konsol baharu daripada Sony iaitu PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan secara global pada 19 November ini, sembilan hari sahaja selepas jualan ini bermula.

Berikut adalah produk-produk yang ditawarkan dalam jualan ini:

  • PS4 Mega Pack – RM1,349 RM1,049
    • Bundle ini mengandungi tiga permainan: The Last of Us Remastered, Horizon Zero Dawn Complete Edition, dan God of War
  • PS4 Pro God of War / The Last of Us Remastered Bundle – RM1,799 RM1,399
  • DualShock 4 – RM239 RM179

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan ini, anda boleh melayari laman web rasmi PlayStation Asia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+