Sony kini dalam perbincangan untuk membeli Kadokawa iaitu salah satu syarikat media terbesar di Jepun.
Awal minggu, Reuters melaporkan Kadokawa bakal dibeli oleh Sony.
Syarikat itu juga dikenali sebagai syarikat yang memiliki banyak francais dan studio anime termasuk studio permainan video FromSoftware yang memiliki Elden Ring, siri Dark Souls, dan Armored Core.
Sony mahu menambah Kadokawa sebagai salah satu portfolio untuk industri hiburan mereka.
Selain Kadokawa, Sony juga berjaya memiliki Crunchyroll dan Funimation pada tahun 2021 lepas.
Terdapat juga beberapa kerisauan jika Sony bakal mempunyai kuasa untuk mengawal FromSoftware yang akan mengakibatkan studio itu mendapat banyak kekangan.
Hal ini merisaukan kerana kegagalan Sony, seperti Concord yang hakikatnya merugikan buat Sony.
Ini juga termasuk banyak produk-produk dan studio anime yang berada di bawah Kadokawa.
Rujukan: Reuters