Sony Bersiap Sedia Hentikan Pengeluaran PS Vita Di Jepun Tak Lama Lagi

Sony Interactive Entertainment (SIE) mendedahkan di laman web rasmi PlayStation di Jepun yang PS VIta akan dihentikan pengeluarannya di Jepun pada masa depan.

Di halaman itu, kelihatan PS Vita dengan warna Hitam dan Biru Aqua yang ditulis shipment (pengedaran) akan dihentikan tak lama lagi bermakna penghasilan kedua model produk ini akan berakhir.

Sony mendedahkan tahun lepas yang PS Vita akan diteruskan pengeluarannya sepanjang 2019 di Jepun jadi kita boleh berharap yang pengedarannya akan berjalan untuk beberapa bulan lagi.

PlayStation Vita dikeluarkan pertama kali di Jepun pada Disember 2011 dan diikuti di Amerika Utara dan Eropah pada Februari 2012.

Buat masa sekarang korang boleh mendapatkan konsol handheld ini di Lazada Malaysia.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+