Sony Cuba Menyelesaikan Masalah PS4 Yang Tak Berfungsi Selepas Menerima Pesanan Dari PSN

Pengguna PlayStation 4 mula melaporkan yang konsol mereka tak berfungsi dan hang apabila membuka pesanan dari PSN. Sony dah pun mengambil maklum isu itu dan mereka sedang mengusahakan software update untuk buang bug.

Isu itu bermula pada Sabtu (13 Oktober) dan sudah pun tular di media sosial. Seorang pengguna Reddit, Huntstark mengatakan mereka menerima pesanan dari pihak lawan dalam Rainbow Six Siege yang menyebabkan konsol mereka menjadi tak berfungsi.

Beberapa pengguna PS4 lain juga turut masuk campur, mengatakan mereka terkena masalah yang sama.

PlayStation UK pula memberitahu cara untuk atasi masalah ini:

1. Delete mesej yang tak dikenali dari aplikasi PlayStation di peranti pintar.

2. Restart PS4 dalam Safe Mode. “Apabila sistem PS4 dipadam, tekan dan hold butang power sekali lagi. Lepaskan apabila anda mendengar beep kedua: beep pertama didengari apabila anda tekan butang buat pertama kali, dan kedua tujuh saat kemudian.

3. Pilih “Rebuild Database.”

Sesiapa yang terkena isu ini boleh mengelak lebih awal sebelum Sony mengumumkan penyelesaian seterusnya. 

Kalau korang taknak terkena, pergi ke privacy settings dan tetapkan pilihan pesanan kepada ‘Kawan’ ataupun ‘Tiada Siapa’.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+