Sony disaman kerana monopoli penjualan permainan video

San Francisco: Sony Interactive Entertainment LLC kini disaman kerana monopoli dalam mengekang pembelian permainan video PlayStation hanya di kedai online sendiri sahaja.

Mengikut saman yang dilaporkan, Sony telah menghalang penjual parti ketiga dari luar seperti Amazon.com Inc., Best Buy Co. dan Walmart Inc daripada menjual kod muat turun untuk permainan video PlayStation dua tahun lepas.

Menurut pelanggan, PlayStation menjadi satu-satunya tempat untuk membeli permainan video versi digital.

“Monopoli Sony menyebabkan mereka boleh mengawal harga dan harga permainan video digital lebih mahal dari permainan video fizikal di kedai.” kata pelanggan.

Sebaliknya ramai pihak terpaksa membayar peningkatan harga sebanyak 175% untuk muat turun permainan video yang sama dijual dikedai.

Mengikut kertas siasatan, kes ini merujuk kepada Caccuri v. Sony Interactive Entertainment LLC, 3:21-cv-03361, U.S. District Court, Northern District of California (San Francisco).

Setakat ini Sony masih belum memberi apa-apa kenyataan balas berhubung perkara ini.

Sumber rujukan: Bloomberg

RELATED NEWS

+