Sony Melancarkan Play Everything Lounge Di Sunway Pyramid – Jom Singgah Main Game!

Kalau korang jalan-jalan ke Sunway Pyramid lepasni, bolehlah bawak member-member yang suka main konsol!

Pertama kali di Asia Tenggara, Sony Interactive Entertainent cawangan Singapura (SIES) berkolaborasi bersama Sunway Pyramid dengan melancarkan Play Everything Lounge di pusat beli belah yang terkemuka itu.

Kalau korang tak ada masa, jangan risau, dengar cerita lounge ini akan mula dibuka mulai esok hingga 17 Februari 2018 dan akan menampilkan permainan PS4 dan juga aktiviti berkaitan PlayStation untuk pengunjung.

Ini termasuklah pertandingan, aktiviti antara komuniti dan demo untuk permainan yang belum lagi dilancarkan!

Bermula esok hingga 25 November pula, korang sangat bertuah sebab Sony memberikan peluang jarang ada untuk mencuba Kingdom Hearts III. Selain itu, Sony juga menawarkan demo lain untuk korang cuba. Antaranya, PlayStation Classic yang mempunyai 20 judul (hmm tak sabar!).

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut, bolehlah ke laman Facebook mereka di SINI.

“Kami sangat teruja kerana pusat beli belah ini dipilih. Hasil kolaborasi bersama Sony pastinya akan memberikan pengalaman baru kepada pengunjung untuk mencuba aktiviti baru di sini,” Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Mall & Theme Parks, HC Chan.

Hidetoshi Takigawa

Ketua Serantau dari Sony Interactive Entertainment, Hidetoshi Takigawa pula berkata Malaysia mempunyai pasaran yang kukuh bagi PlayStation sejak kebelakangan ini dan acara komuniti seperti PlayStation Experience 2017 SEA dan God of War Midnight Launch diterima dengan baik oleh peminat.

Oleh itu, kolaborasi bersama Sunway Pyramid sebagai pusat beli belah tumpuan di Asia Tenggara ini adalah penting untuk mendekati dan berinteraksi dengan peminat PlayStation dan juga gamers di Malaysia.

RELATED NEWS

+