Sony Menawarkan Harga Istimewa Bundle PS4, PSVR Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula 18 Mei Ini

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan jualan istimewa sempena kempen “Hari Raya Deals” yang menawarkan tawaran harga menarik untuk bundle konsol PlayStation 4 dan PlayStation VR buat masa terhad sepanjang Ramadan ini.

Dari 18 Mei hingga 2 Jun depan, korang boleh mendapatkan beberapa produk bundle seperti di bawah:

  • PS4 Starter Pack (yang disertakan bersama FIFA 19 dan Overcooked 2) – RM1,199 (harga asal: RM1,449)
  • PS4 Pro God of War bundle Pack (1 TB) – RM1,549 (harga asal: RM1,799)
  • PS VR Beat Saber All-in-One Pack – RM1,229 (harga asal: RM1,379)
  • Dualshock 4 untuk PS4 – RM179 (harga asal: RM239)

Kesemua produk ini boleh didapati di premis jualan rasmi Sony. 

RELATED NEWS

+