Sony Saman Penjual PS4 Sebanyak RM82 Ribu – Dipercayai Kerana Konsol Itu Digodam

Eric David Scales dituduh pada Oktober tahun lalu kerana menjual PS4 yang telah digodam dan permainan cetak rompak PS4 di eBay. Disebabkan itu, Sony memfailkan saman kepada beliau dengan menuntut kerugian USD16,800 dan kos mahkamah USD3,500. 

Tertuduh bagaimanapun gagal untuk menghadiri prosiding mahkamah dan ini menyebabkan Sony failkan saman secara terus.

Eric dipercayai mempunyai konsol PS4 digodam dan mempunyai salinan permainan PS4 yang tidak rasmi di dalamnya. Mengikut kenyataan defendan, pembeli konsol PS4 miliknya boleh berhenti dari membeli permainan video.

Mengikut amaun, Eric mempunyai 76 permainan cetak rompak dan dua konsol untuk dijual yang berjumlah USD20,300 (RM82,692). Kegagalan Eric untuk muncul di mahkamah bagi membincangkan prosiding berkenaan beliau mungkin bermakna mahkamah akan menerima saman ini tanpa sebarang masalah.

Sumber: PlayStation Lifestyle

RELATED NEWS

+