Sony tutup studio Firewalk Studios dan Concord selamanya

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sony bakal menutup studio Firewalk Studios iaitu studio disebalik Concord yang dikenali dengan pelancaran permainan video paling teruk sejak beberapa tahun ini.

Tiada peluang kedua untuk mereka dari Sony.

Penutupan ini melibatkan 210 staf yang akan diberhentikan dari Firewalk Studios.

Menurut Herman Hulst, Ketua Pegawai Esekutif PlayStation, Concord tidak berjaya mencapai sasaran Sony.

PlayStation juga sudah mengambil pengajaran dari COncord dan akan meneruskan usaha mereka lagi untuk masa hadapan.

Firewalk Studios juga ada mengeluarkan kenyataan terakhir mereka di Twitter.

Concord dilancarkan pada 23 Ogos lepas di pelantar PS5 dan PC tetapi ditutup oleh Sony pada 6 September kerana jualan yang sangat teruk iaitu hanya 25,000 unit terjual.

Permainan ini juga hanya berjaya mencapai 697 orang sahaja yang bermain di Steam, lebih rendah dari The Lord of the Rings: Gollum.

Selain itu, studio Neon Koi juga akan ditutup bersama-sama permainan video mudah alih yang dihasilkan mereka.

Sudah banyak studio-studio permainan video ditutup sejak dua tahun ini.

Rujukan: Bloomberg

RELATED NEWS

+