Soultannn masuk Yoodo Gank sebagai penganalisis

Fawwaz Sehaimi (Soultannn) kini menjadi penganalisis bagi Yoodo Gank. 

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Yoodo Gank sebentar tadi.

Soultannn adalah pengulas berkaliber dalam arena kompetitif PUBG Mobile. Beliau dikenali dengan ulasannya dalam kejohanan berprestij seperti PMNC, PMCO, PMPL dan lain-lain kejohanan ternama.

Beliau juga sering diletakkan sebaris dengan pengulas hebat lain seperti OTG, J Hunter, Emi Mohammad dan lain-lain ketika mengulas.

Yoodo Gank akan bertarung di Grand Final PMNC esok yang mana menjadi tiket untuk layak ke Liga Profesional PUBGM (PMPL) MYSG musim keempat.

Foto: Yoodo Gank

RELATED NEWS

+