Soundtrack rasmi Arcane kini boleh disimpan sebelum pelancaran siri

Riot Games amat terkenal dengan menghasilkan karya lagu yang hebat dengan berkolaborasi dengan pelbagai artis gempak untuk permainan-permainan keluarannya.

Antara kumpulan yang terhasil dari kumpulan sebelum ini adalah K/DA dan True Damage untuk permainan League of Legends. Kini, siri Netflix League of Legends, Arcane, membawakan sejumlah lagu yang boleh dimainkan sebaik sahaja satu episod siri tu berakhir.

Pelancaran Arcane dan OST

Arcane akan ditayangkan di Netflix buat julung kalinya pada jam 10AM, 7 November. Walaupun akan dilancarkan dalam seminggu, anda sudah boleh mula muat turun atau pre-save OST Arcane di platform penstriman.

OST ini akan tersedia sepenuhnya pada 20 November dan menampilkan pelbagai jenis artis & genre dalam kesemua 11 lagu. Lagu ini akan dikeluarkan dalam tiga kelompok, bertepatan dengan keluaran episod Arcane.

Senarai Lagu

Seperti yang dimaklumkan, lagu-lagu ini akan dilancarkan menurut episod yang ia ditayangkan. Di bawah ini senarai lagu yang akan dilancarkan mengikut tarikh episod ditayangkan,

7 November

  • Playground – menampilkan Bea Miller
  • Our Love – menampilkan Curtis Harding, Jazmine Sullivan
  • Goodbye- menampilkan Ramsey

13 November

  • Dirty Little Animals – menampilkan Bones UK
  • Enemy- menampilkan Imagine Dragons & JID
  • Guns For Hire – menampilkan Woodkid

20 November

  • Misfit Toys – menampilkan Pusha T, Mako
  • Dynasties and Dystopia – menampilkan Denzel Curry, Gizzle, Bren Joy
  • Snakes – menampilkan Pvris, Miyavi
  • When Everything Went Wrong – menampilkan Fantastic Negrito
  • What Could Have Been – Sting menampilkan Ray Chen

Episod 5 akan menampilkan lagu Enemy dari Imagine Dragons dan Jid.

Susunan Orkestra

Riot Games juga akan melancarkan lagu susunan skor orkestra dari siri Netflix itu. Riot Games akan mengeluarkan satu volum setiap tiga episod dengan setiap satu volum mengandungi antara 10-15 pilihan orkestra daripada episod pada hari itu. Ini sekitar 3-5 lagu setiap episod.

Arcane akan dilancarkan di Netflix pada jam 10AM, 7 November. Ini juga bererti siri ini akan dilancarkan sebaik sahaja League of Legends Worlds 2021 tamat.

RELATED NEWS

+