Spectrum, skin line terbaru hasil kolaborasi Zedd dan VALORANT

Semalam, Riot Games melancarkan barisan skin senjata baru mereka hasil kolaborasi pertama mereka bersama DJ terkenal, Zedd, iaitu Spectrum. 

Barisan skin senjata baharu ini bertemakan visualisasi audio dengan elemen sci-fi dan warna-warni. Ia juga diinspirasikan oleh persilangan bunyi dan spektrum warna bagi mempamerkan rupa futuristik dan permainan bertenaga tinggi.

Spectrum sudah dilancarkan dan akan dijual di dalam kedai dalam permainan.

Zedd, artis yang pernah memenangi Grammy. penerbit, DJ dan seorang pemain VALORANT di rank Immortal, menyatakan VALORANT ini membuatkan dirinya berhenti bermain permainan lain kerana ia adalah seperti sebuah gabungan permainan kegemarannya.

“Semasa kecil, saya terlalu obses dengan Counter-Strike, dan beberapa tahun ini saya banyak bermain Overwatch, tetapi merasakan seperti ada kekurangan disitu. Bila saya dapat tahu mengenai VALORANT, saya rasakan ia boleh menggabungkan cinta saya untuk kebolehan bermain dengan hasil yang tinggi seperti Counter-Strike.”

Isaac Kikawa, Pereka Audio Senior menyatakan, “sasarannya dengan Spectrum adalah untuk menggunakan visi audio Zedd dan implementasikan di dalam VALORANT supaya ianya seiring dengan estetik dan corak permainan. “Saya mahu hasilkan bunyi seperti Zedd tetapi masih boleh digunakan di dalam VALORANT.” 

Melalui Spectrum ini juga, pereka banyak memfokuskan VFX.

“Kami implementasikan warna yang boleh membuatkan anda berapa di dalam kelab malam melalui VFX dan pastikan bunyi senjata selari dengan kesan visual. Kami juga hasilkan pengalaman kelab malam dengan Finisher.” kata Stefan Jevremovic, Artis VFX Senior.

“Semua ini tidak akan berlaku tanpa kolaborasi pasukan teknologi, audio dan VFX untuk hasilkan sistem yang boleh mengenal pasti gelombang bunyi dan diterjemahkan kepada kesan visual. Zedd juga membantu kami untuk mencari arah yang betul dari segi bahasa visual dan rekaan VFX equalizer.”

Sebagai pemain di rank Immortal, apabila diminta nasihat untuk pemain baru VALORANT, Zedd menyatakan, “Saya merasakan, menemukan sensitiviti yang sesuai untuk anda, dan kembangkan muscle memory adalah sangat membantu. Selebihnya, komunikasi dan semangat berpasukan yang positif merupakan satu kelebihan sangat penting di dalam VALORANT.”

Spectrum tiba sebagai bundle di dalam kedai dalam permainan dengan harga 10,700 VP.

RELATED NEWS

+