Spider-Man akan dimasukkan dalam Marvel’s Avengers di PS4 dan PS5

Crystal Dynamics, pembangun permainan video Marvel’s Avengers, telah mengumumkan bahawa adiwira Spider-Man akan dimasukkan dalam judul tersebut hanya untuk konsol PlayStation iaitu PlayStation 4 (PS4) dan PlayStation 5 (PS5).

Pada waktu ini, studio tersebut masih belum mendedahkan apa-apa gambar atau video untuk menunjukkan Spider-Man dalam Marvel’s Avengers. Mereka hanya menjanjikan watak tersebut akan dimasukkan pada awal tahun 2021.

Selepas pelancaran Marvel’s Spider-Man di PS4 pada tahun 2018, nampaknya Spider-Man telah kembali menjadi adiwira eksklusif PlayStation. Adakah ini bermaksud akan ada sejenis crossover antara Spider-Man: Miles Morales dan Marvel’s Avengers?

Kita tunggu dan lihat.

Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada 4 September ini di PC, PS4, Xbox  One, dan Google Stadia. Ia akan tiba di PS5 dan Xbox Series X pada penghujung tahun ini.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+