Spider-Man Dibelasah Teruk Tapi Diselamatkan Karakter Misteri Dalam Trailer Terbaru

Spiderman tak pernah nampak lagi hebat di E3 2018 yang mana gameplay terbaru diperlihatkan di persidangan PlayStation. Kalau korang nak tahu, permainan video terbaru ini adalah game eksklusif di PS4 saja.

Dalam trailer itu, kita menyaksikan Electora cuba membebaskan penyangak yang lain dalam penjara. Semestinya dalam filem superhero, Spiderman cuba come to the rescue tapi gagal.

Di babak akhir, kita menyaksikan Spiderman dibelasah oleh Scorpion, Vulture, Rhino dan Mr Negative yang berganding bahu bersama Electro. Satu cutscene menyaksikan dia diselamatkan oleh seseorang, seorang karakter misteri. Ada yang mengatakan dia adalah Miles Morales.

Spider-Man akan dilancarkan di PlayStation 4 pada 7 September. Kalau korang pra-tempah, korang akan dapat akses terus kepada kostum Iron Spider yang dipakai oleh Peter dalam Avengers: Infinity War.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+