Spider-Man: Far From Home Mencatatkan Kutipan Tertinggi Berbanding Filem Spidey Lain

Sony Entertainment Malaysia mendedahkan kutipan bagi filem adiwira Spider-Man: Far From Home kini telah mencecah sebanyak RM21 juta dan ditonton seramai 1.4 juta orang.

Seperti yang dilaporkan Aksiz, filem yang juga sekuel kepada Spider-Man: Homecoming ini mencatatkan kutipan tertinggi dalam francais filem Spider-Man. Pencapaian ini mungkin kerana filem ini dikeluarkan selepas hype daripada End Game dan pelakon popular seperti Jake Gyllenhaal yang membintangi sebagai Mysterio.

Sejak ditayangkan pada 26 Jun, ia berjaya meraih kutipan box office sebanyak USD588 juta dan menerima pelbagai reviu positif daripada pengkritik filem dan penonton yang mengatakan filem ini adalah sekuel yang berbaloi dan seronok ditonton.

Mereka juga memuji lakonan Gyllenhaal dan Tom Holland (Spider-Man) dalam filem tersebut. Sedikit mengenai plotnya, Nick Fury dan Mysterio merekrut Peter Parker untuk melawan musuh elemental daripada dimensi lain.

Sumber: Aksiz

TAGS

RELATED NEWS

+