Spider-Man PS4 Membintangi Pelakon Suara Uncharted Sebagai Mary Jane

San Diego Comic-Con bermakna satu benda – semua orang tak sabar nak tengok Marvel, DC dan banyak lagi nama besar dalam industri komik. Dari trailer filem kepada hero popular, Comic-Con adalah satu tempat paling istimewa untuk mengetahui perkembangan baru francais superhero. 

Permainan video Spider-Man dari Insomniac Games juga turut membuat kemunculan, kali ini mengesahkan seorang pelakon suara untuk watak Mary Jane. Laura Bailey, pelakon suara popular yang melakonkan suara Nadine Ross dalam Uncharted 4 dan Uncharted: Lost Legacy, Kait Diaz dari Gears of War kini menggalas tugas melakonkan watak penting dalam dunia Spidey.

Mary Jane membuat kemunculan sekejap dalam trailer San Diego Comic-Con untuk Spider-Man dan Bryan Intihar, Pengarah Kreatif di Insomniac mengesahkan Bailey adalah pelakon suara bagi karakter Mary Jane.

Pengumuman itu juga hadir sekali dengan pendedahan edisi terhad Spider-Man PlayStation 4 Pro. Bundle itu hadir dengan tema PS4 Spider-Man, DS4 eksklusif dan CD fizikal. 

Pengumuman itu hanya mengujakan lagi peminat kerana Laura Bailey adalah salah seorang pelakon suara yang popular dalam industri jadi semestinya kehadiran beliau akan membuatkan game ini bertambah baik.

Sumber: Gamerant

RELATED NEWS

+