Spider-Man PS4 Membolehkan Pemain Menukar Waktu & Masa Selepas Menamatkan Permainan

Salah satu judul permainan video paling tak sabar dinantikan tahun ini ialah keluaran dari Insomniac Games iaitu Spider-Man. Tapi ia bukan sekadar Spider-Man sebenarnya. Judul kali ini memang antara yang eksklusif di PS4 dan bagi Sony Interactive Entertainment, ia satu kebanggaan.

Salah satu fungsi terbaru dikongsikan ialah kebolehan pemain mengawal secara manual masa dan keadaan cuaca selepas mereka menamatkan permainan. 

Game ini bergantung kepada jalan cerita yang sangat heavy dan kebanyakan permainan berkonsepkan ini menggunakan masa untuk rasa situasi yang berlaku pada waktu-waktu tertentu. Jadi kita hanya membolehkan pemain menukar waktu dan cuaca hanya apabila mereka menamatkan permainan,” – Pengurus Permainan, Bryan Intihar.

Tapi permainan lain seperti The Witcher 3: Wild Hunt pernah menggunakan sistem cuaca dan masa yang dinamik. Intihar juga mengesahkan dunia terbuka Spider-Man ini tak hanya terhad di Manhattan. Selain itu, tiada kecederaan jika jatuh walaupun dalam difficulty paling susah. 

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+