PlayStation Blog umum Spider-Man PS4 bakal mendapat kandungan cerita baru melalui peringkat pertama downloadable content (DLC) The City That Never Sleeps. Tambahan pula, Insomniac Games juga menyertakan sekali tiga sut Spider-Man baru dalam update berlainan."> PlayStation Blog umum Spider-Man PS4 bakal mendapat kandungan cerita baru melalui peringkat pertama downloadable content (DLC) The City That Never Sleeps. Tambahan pula, Insomniac Games juga menyertakan sekali tiga sut Spider-Man baru dalam update berlainan." /> PlayStation Blog umum Spider-Man PS4 bakal mendapat kandungan cerita baru melalui peringkat pertama downloadable content (DLC) The City That Never Sleeps. Tambahan pula, Insomniac Games juga menyertakan sekali tiga sut Spider-Man baru dalam update berlainan." />

Spider-Man PS4: The Heist Bakal Lancar Pada Minggu Hadapan Termasuk Tiga Sut Spider-Man Baru

PlayStation Blog umum Spider-Man PS4 bakal mendapat kandungan cerita baru melalui peringkat pertama downloadable content (DLC) The City That Never Sleeps. Tambahan pula, Insomniac Games juga menyertakan sekali tiga sut Spider-Man baru dalam update berlainan.

The Heist adalah bahagian pertama dalam tiga kandungan tambahan DLC. DLC ini dibintangi oleh Black Cat atau nama sebenar Felicia Hardy, salah satu watak klasik dalam komik Spider-Man. Selain menjadi seorang antagonis, Felicia Hardy juga adalah bekas teman wanita Peter Parker. Saksikan trailer acah bagi The Heist di bawah:

Turut bersama dalam The City Never Sleeps adalah barisan musuh baru, cabaran baru, trofi untuk dikumpul dan tiga sut baru untuk Spider-Man. Dua daripada koleksi sut ini dilakar dari komik seperti Scarlet Spider dilukis oleh Kaine Parker dan Spider-UK dalam Spider-Verse. Terdapat juga satu kostum asal yang direka oleh artis Marvel, Gabriele Dell’Otto.

Bab pertama The City That Never Sleeps bakal dilancarkan pada 23 Oktober. Korang boleh membeli keseluruhan DLC ini dengan harga RM89 dan menunggu dua lagi kandungan cerita baru akan datang.

Bukan itu sahaja, korang boleh menantikan New Game Plus (NG+) dan Ultimate Difficulty akan datang ke dalam Spider-Man. NG+ akan membolehkan korang main kesemua jalan cerita dan aktiviti semula dengan skil, sut, gajet dan mod yang korang dah unlock.

Marvel’s Spider-Man sudah dilancarkan khas di PS4.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+