Square Enix bakal pecat beberapa staf di cawangan Amerika Syarikat dan Eropah

Square Enix pula bakal mengurangkan kos dengan memecat kakitangan mereka.

Kali ini untuk Square Enix di cawangan Amerika Syarikat dan Eropah.

Pemecatan ini dibuat selepas penstrukturan perniagaan yang diumumkan Square Enix semalam.

Tindakan agresif untuk memberi fokus pada pelbagai pelantar membuatkan mereka terpaksa melepaskan beberapa kakitangan.

Dalam industri permainan video, penstrukturan satu syarikat bakal membawa kepada pemecatan beberapa pekerjaan di syarikat mereka.

Square Enix mengesahkan keputusan ini selepas membuat analisis dan perbincangan untuk beberapa bulan.

Masih belum ada apa-apa lagi keputusan yang sudah dibuat dan berapa jumlah kakitangan yang akan dipecat dari Square Enix.

Rujukan:PlayStationLifestyle

RELATED NEWS

+