Squid Game bergabung dengan Genshin Impact dalam video buatan peminat ini

Siri Netflix Squid Game melonjak dalam populariti kerana kaedah penceritaan yang mendalam serta aksi kejam yang berlaku di skrin. Ia menjadi buah mulut ramai orang semenjak pelancaran siri itu di Netflix. Namun, tiada sesiapa terjangka bahawa Squid Game dan Genshin Impact akan bergabung dalam video hasil seorang peminat ini.

Walaupun pelbagai percubaan dan cabaran siri itu mudah dibuat semula, namun watak Genshin kesayangan ramai tidaklah dihapuskan dengan kejam seperti siri Netflix itu. Tetapi video hasil ‘genshashin’ memberi kita gambaran bagaimana rupa Squid Game bergabung dengan Genshin Impact.

Dengan pelbagai watak untuk disertakan, gabungan ini memaparkan watak kegemaran ramai seperti Baal, Kazuha, Jean, Sara, dan ramai lagi dari barisan watak Genshin Impact. Klee malah disertakan sebagai patung boneka Green Light, Red Light yang menyeramkan dari siri itu.

Peminat itu juga berjaya memasukkan sedikit elemen permainan seperti dinding Geo dengan beberapa kejadian yang terdapat dalam rancangan itu seperti menyorok di belakang pemain lain ketika Green Light, Red Light dijalankan.

Selain Genshin Impact, pemain-pemain di Roblox juga dapat menikmati permainan yang diinspirasikan oleh Squid Game.

RELATED NEWS

+