Selangor Red Giants (SRG) mencipta fenomena tersendiri apabila menjadi skuad negara pertama yang layak ke grand final kejohanan antarabangsa oleh MOONTON Games.
Mereka berjaya ke grand final Mid Season Cup (MSC 2024) yang juga sebahagian dari acara besar Esports World Cup (eWC) berlangsung di Riyadh, Saudi sejak minggu lalu selepas menewaskan perwakilan Singapura, NIP Flash dengan kemenangan bersih 3-0.
Kejohanan itu mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul AS$3 juta (RM14 juta) dan sebagai top 2, mereka sekurang-kurangnya sudah genggam RM2.3 juta dalam tangan.
SRG bakal bertemu gergasi Singapura yang juara kejohanan dunia M5, Falcon AP Bren di pusingan grand final esok. Pemenang bakal merebut hadiah sebagai juara, satu jumlah wang tunai lumayan AS$1 juta (RM4.67 juta).
Rekod Malaysia di kejohanan antarabangsa MLBB sebelum ini dipegang Todak yang berjaya meraih tempat ketiga di kejohanan sulung siri M diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada 2019.
Foto: Esports World Cup