Staf penguji kualiti Warzone diabaikan selepas 17 hari mogok

Dalam tempoh yang dianggap sebagai tempoh sibuk untuk Raven Software, penguji kualiti (QA) melakukan mogok sebagai tindak balas kepada pemberhentian yang diumumkan oleh syarikat pada 3 Disember.

Pada 3 Disember, industri permainan menerima berita tentang pemberhentian kerja yang ketara berlaku di Raven Software.

Pemberhentian kerja ini terutamanya melibatkan pasukan QA yang bekerja pada kandungan Warzone.

Hanya tiga hari kemudian dan kebanyakan pasukan yang terdiri daripada kira-kira 40 ahli membantah keputusan itu.

Kini, 17 hari kemudian, pihak pembangun menjelaskan bahawa mereka masih melancarkan mogok kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi, apatah lagi dijawab.

Musim percutian ini nampaknya tidak meriah bagi staf-staf ini kerana Activision tidak menjawab persoalan mereka.

Namun, berdasarkan beberapa kemas kini yang dilihat daripada permainan, mungkin pasukan pembangun ini tidak terjejas sepenuhnya.

Punca mogokan ini berlaku atas dasar tawaran Activision bahawa mereka akan dijanjikan peluang pekerjaan sepenuh masa jika mereka berpindah ke Madison, Wisconsin.

Namun, ramai staf berkata mereka tidak menerima peluang pekerjaan itu.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada pasukan QA akan dapat membantu dengan pembaikan permainan selepas habis musim cuti. 

Sumber: CharlieIntel

RELATED NEWS

+