Star Symphony adalah permainan blockchain terbaharu dari studio tempatan

Sebuah studio permainan bertapak di Malaysia, Isekai Studio mengumumkan “Star Symphony”, sebuah permainan video berirama dengan integrasi blockchain

Pengumuman yang diadakan di DADI Cinema, Pavilion KL semalam mengandungi previu, demo permainan dan menampilkan panel.

Keunikan Star Symphony ini merupakan ciri-cirinya yang menggunakan sistem spell berkuasa dan corak permainan strategik bagi memberikan pemain daya saing yang tinggi. Ia juga dilengkapi ekosistem blockchain yang membolehkan pemain memiliki aset dalam permainan dan trading bersama kawan-kawan serta mengumpul aset digital dalam permainan dan mendapatkan digital token untuk meneruskan permainan.

Ia juga mempunyai beberapa kempen, musik dan mod yang sesuai dengan kebanyakan gamers yang hanya ingin bermain secara kasual atau ingin merasai suasana kompetitif.

 

“Kami berbangga memperkenalkan Star Symphony kepada semua. Dengan rekaan inovatif, mekanik yang hebat dan penceritaan menarik serta ciri blockchain, kami percaya ia akan mentransformasikan genre irama dalam permainan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Star Symphony, Shas Fung.

“Permainan ini memberi peluang kepada pemain menikmati pengalaman imersif dan interaktif. Kami tak sabar menunggu pelancarannya kepada umum,” tambahnya.

Star Symphony akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+