Star Wars: Battlefront 3 dibatalkan akibat terlalu mahal

Judul ketiga Star Wars: Battlefront 3 dibatalkan kerana Electronic Arts memberitahu bahawa projek itu terlalu mahal untuk dibuat akibat masalah lesen.

DICE yang juga pencipta disebalik Battlefied juga sudah mengembangkan idea untuk permainan ketiga ini kepada EA.

Namun, ia terpaksa ditolak akibat masalah lesen dan berkemungkinan besar tidak akan mendapat keuntungan.

Battlefront 3 ini memerlukan 20% lebih penjualan hanya untuk mendapat keuntungan.

Semua ini diterangkan oleh Tom Henderson yang juga salah seorang individu penting dalam industri permainan video.

Henderson juga memberitahu terdapat dua permainan video Star Wars yang baru sedang dibuat oleh EA dan kedua-duanya memberi fokus kepada permainan berseorangan.

EA kini tidak lagi menjadi monopoli untuk lesen Star Wars dan selepas ini Ubisoft pula akan mengeluarkan permainan video yang diberi nama Star Wars Eclipse.

RELATED NEWS

+