Star Wars Jedi: The Fallen Order Akan Didedahkan Buat Pertama Kali Sempena Star Wars Celebration

EA bakal berkongsi maklumat lanjut tentang game Star Wars terbaru berjudul Star Wars Jedi: Fallen Order dalam satu siaran langsung bakal diadakan pada hujung minggu ini.

Sebelum ini, Star Wars Jedi: Fallen Order pernah diumumkan semasa E3 2018 dan game ini dibangunkan oleh Respawn Entertainment yang turut membangunkan siri Titanfall dan Apex Legends.

Apa yang kami tahu setakat ini, Star Wars Jedi: Fallen Order akan membawa pemain semasa zaman kegelapan Jedi antara filem Star Wars Episode III dan Episode IV.

Imej acah di atas dikongsi oleh laman rasmi Star Wars menunjukkan hulu pedang lightsaber yang mana kemungkinan besar pedang itu adalah milik protagonis utama. 

Pemain akan bermain sebagai seorang Padawan (bermaksud seorang Jedi masih lagi tengah berlatih) muda cuba melangsungkan hidup selepas arahan Order 66 yang mengorbankan ramai Jedi seperti diperlihatkan dalam filem Star Wars Episode III: Revenge of the Sith.

Korang boleh saksikan pandang pertama Star Wars Jedi: Fallen Order dalam siaran langsung di Twitch EA Star Wars pukul 2 pagi pada 14 April 2019.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+