Stardew Valley akan tiba di Xbox Game Pass musim luruh ini

Stardew Valley, sebuah permainan yang menggabungkan simulasi berkebun dan mekanisme RPG, akan tiba di Xbox Game Pass secara rasmi pada musim luruh 2021.

Diumumkan semasa strim Showcase: ID@Xbox di /twitchgaming, Stardew Valley antara permainan yang akan tiba di Xbox Game Pass bersama Aragami 2, Evil Genius 2 dan Pupparazzi.

Stardew Valley sebelum ini dilancarkan pada 2016 untuk PC.

Permainan yang diinspirasi daripada Harvest Moon ini kemudiannya dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada 2016, dan kemudian tiba di Switch, Vita iOS dan Android. 

Di dalam pengumuman itu juga berkongsi wajah baru untuk permainan Lightyear Frontier, Sam & Max Save the World Remastered, OlliOlli World dan banyak lagi.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+