Starfield Adalah IP Terbaru Bethesda Selepas 25 Tahun – Bergenre Sains Fiksyen

Bethesda mengumumkan IP terbaru mereka setelah 25 tahun iaitu Starfield!

Todd Howard mengatakan pembangunan game ini sudah dibangunkan untuk beberapa lama dan hanya kali ini Bethesda membuat keputusan untuk mengumumkannya. Di trailer ketika persidangan Bethesda di E3 2018, kita menyaksikan tembakan di angkasa lepas dan planet berdekatan matahari. Ia kemudian difokuskan kepada stesen angkasan kecil yang ditarik memasuki lohong hitam.

Selepas itu, tiada lagi maklumat didedahkan dan ini membuatkan ramai tertanya apa jenis game Starfield ini sebenarnya, macam mana dimainkan selain bergenre sains fiksyen.

Tiada lagi tarikh rasmi pelancaran dan di platform mana ia akan dikeluarkan. Saksikan trailer di bawah!

RELATED NEWS

+