Team Haq bakal mengadakan satu sesi siaran langsung di TikTok bagi menjelaskan berkenaan isu sama ada mereka akan terus bermain di MPL MY S14 ataupun sebaliknya.
Dalam satu IG Story @teamhaqmy, mereka mengatakan bakal menjawab segala kekeliruan yang berlaku pada jam 6:30 petang ini di TikTok live akaun Team Haq.
Sebelum ini, Pengasas Team Haq iaitu Aiman Haq mengumumkan MPL MY S13 adalah musim terakhir bagi pasukan itu dan dia juga akan menyambung pengajian di luar negara.
Namun kini, melihatkan kepada media sosial Team Haq yang masih aktif dan baru-baru ini hanya Iris yang meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Red Riot, timbul tanda tanya jika THQ masih ingin aktif di MPL musim seterusnya ini.
Foto: MOONTON Games